Pages

Thursday, November 10, 2011

ber'Couple' bukan budaya umat ISLAM..


BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara Salingmengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan? CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.


1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)


Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)


Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;
"Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya."

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;
"Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan."

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.


Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

[dikongsi dari]

Monday, November 7, 2011

MasyaAllah..hebatnya!!


Sabda Nabi s.a.w

"Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA"

-Riwayat al-Bukhari-



.:|Bagi yang enggan membaca al-Quran kerana takut salah sebutan dan tajwid, jangan takut..|:.

✿ Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya..

✿ Baca al-Quran tanpa faham maksud apa faedahnya ?? ✿

Mari hayati kisah di bawah,

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

“Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”.

Dengan tenang atunya menjawab, “Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?”

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung. Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.

Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,

“Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?”

Kemudian atuknya memberitahu,

“Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut tidak dapat diisi, tapi bakul sampah tu tadi yang kotor sekarang sudah bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu. Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih.”

[sumber]

Subhanallah..betapa besarnya dan hebatnya mukjizat/kelebihan Al-Quran yg diturunkan kepada kita. Sekarang hanya terpulang kepada kita untuk mengamalkan dan memperbaiki diri kita dgn kelebihan dan nikmat yg diberi olehNya~

[peringatan utk diri sendiri sebenarnya..inshaallah,semoga Allah permudahkan ku dijalan ini]




Thursday, October 20, 2011

Jaga IMAN, jaga DIRI, jaga HATI :)

.:subhanallah walhamdulillah walailahaillah allahuakbar:.

"Sesungguhnya UJIAN itu mematangkan kita, jadi bersabarlah ^^,"

Bismillahirahmanirrahim…

Ya Allah,,andai ini ujian yang Engkau berikan kepadaku, aku redha….. tetapi izinkanlah aku untuk berada dekat denganMU agar terasa tenang di hati ini untuk terus tabah atas segala ujian ini.

Ya Allah,,ampunilah aku atas segala kegagalanku untuk terus tabah dalam menghadapi ujian yang Engkau berikan padaku..

Ya Allah,,wahai Tuhanku,,Tuhan yang menciptakan ku, Tuhan yang mengizinkanku untuk berada di muka bumi milikMU, andai ini ujian untukku, ,aku memohon agar Engkau ampunkan dosaku atas segala dosa-dosa yang telah ku lakukan.

Ya Allah,,wahai Tuhan yang membolak-balikkan hatiku, pemelihara hatiku,,,jagalah hatiku agar ia tidak lalai daripada menginagtiMU walau pelbagai ujian yang Engkau berikan, Peliharalah hatiku agar ia tidak pernah mencintai hambaMU lebih dari cinta kepadaMU,Ya Allah.

Ya Allah,, sesungguhnya aku tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada nasib diriku ini suatu masa nanti. Hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui atas segala yang Engkal takdirkan untukku. Aku memohon kepadaMU dengan penuh rasa rendah diri dan hati agar Engkau tunjukkanlah aku jalan yang benar, jalan yang Engkau redhai, jalan orang-orang yang soleh, jalan orang-orang yang tidak menderhakai kedua ibu bapa, jalan mereka yang bertaqwa, jalan mereka yang beriman dan segera menunaikan perintahMU walau dalam apapun keadaan.

Ya Allah, Engkau kuatkanlah imanku agar aku menjadi seorang Muslim yang berguna kepada Islam, yang berusaha menyebarkan Islam, yang berusaha memperbaiki diri dan orang sekeliling. Kuatkanlah iman kami, kuatkanlah iman kami. kuatkanlah iman kami, agar suatu masa nanti Islam akan dihormati dan disanjung tinggi. Bantulah kami wahai Tuhan kami.

Ya Allah, Engkau berikanlah kesungguhan kepadaku dalam menuntut ilmu, kesungguhan untuk mendapatkan ilmu, kesungguhan untuk memahami ilmu, dan kesungguhan untuk beramal dengan ilmu. Engkau berikanlah aku petunjuk, cahaya dan jalan kearah kebenaran agar aku tidak tersasar daripadaMU. Peliharalah aku dari segala kemurkaanMU. Peliharalah aku daripada melakukan segala perkara yang Engaku murkai………..amin~

Ya Allah,bantulah aku untuk tambahkan ilmu pengetahuanku mengenaiMU, Bantulah aku agar aku menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan liku hidup yang penuh dugaan ini, Bantulah aku untuk merebut pahala dan berusaha melakukan amal kebajikan untuk mendapatkan redhaMU Ya Allah..”kerana sesungguhnya redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.” amin ya rabbal a'lamin..


Tuesday, September 6, 2011

BERSEGERALAH kamu...


"Segerakanlah tunaikan solat apabila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.." -wasiat pertama Imam Syahid Hassan al-Banna-

Kedudukan solat amat tinggi jika dibandingkan dengan ibadah2 lain,krn trdpt byk2 nas-nas Al-Quran yg memerintahkan kita supaya solat ditunaikan dan dijaga sesempurnanya; iaitu cukup syarat,rukun,sunat-sunat,khusyu', dan melakukannya dgn tetap.

Seperti dlm firman Allah:
"Peliharalah semua solat(mu) dan (peliharalah) solat, wustha. Berdirilah utk Allah (dlm solatmu) dgn khusyu'." (2:238)

Rasulullah s.a.w. sendiri telah menunaikan solat dlm bentuk yg paling sempurna dan memerintahkan supaya solatnya itu dicontohi. Baginda bersabda:

صلوا كما رأيتموني أصلي

"Solatlah sepertimana kamu melihat aku menunaikan solat."

Pernah suatu ketika, baginda melihat seorang lelaki menunaikan solat dengan cepat, baginda bersabda kpd lelaki berkenaan:

"Solatlah (sekali) lagi, sesungguhnya engkau belum solat."

Baginda terus memerintahkan lelaki berkenaan mengulangi solatnya hinggalah baginda menjelaskan kpd lelaki tersebut bagaimana solat itu seharusnya dilakukan; iaitu dgn memberikan hak-hak solat dgn berdiri betul setelah bangun dari rukuk, meluruskan belakang ketika rukuk, tama'minah sewaktu rukuk sekadar beliau membaca 'subhana rabbi al-adzim' 3 kali, kemudian tama'minah sewaktu sujud sekadar beliau membaca 'subhana rabii al-a'laa' 3 kali, duduk lurus dan tama'minah antara 2 sujud.


Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa solat merupakan fardu yang pertama diwajibkan dan fardu yang terakhir sekali pupus. Anas bin Malik r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Ajaran Islam yang pertama difardukan Allah ke ats manusia ialah solat dan ibadah yang akhir sekali kekal ialah solat dan ibadah pertama yang akn dihisab ialah solat."

Jadi, solat bukanlah suatu perkara yg boleh dipandang remeh krn ia merupakan amalan pertama yg akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Allah juga menjanjikan sesuatu yg buruk kpd mereka yg meringan-ringan solat mereka.


BALASAN KEPADA MEREKA YG MERINGAN-RINGANKAN SOLAT

Firman Allah:
"Maka kecelakaanlah bg orang-orang yg solat (iaitu) orang-orang yg LALAI dari solatnya." (107:4-5)

Yakni org2 yg tidak mengambil berat tentang solat mereka, iaitu mereka tidak melakukannya dalam waktunya dan tidak bersungguh-sungguh utk melakukannya. Dan kebanyakan ahli tafsir berpendapat bahawa lalai dari menunaikan solat adalah sifat org2 munafik, yg mana Rasulullah s.a.w. telah menceritakan keadaan mereka dlm sabdanya:

"Apabila seorang munafik itu solat, ia akan solat kerana riak, beliau tidak merasa kesal jika tidak dapat melakukannya(solat)."

Firman Allah:
"Sesungguhnya org2 munafik itu menipu Allah dan Allah akn membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri utk bersolat, mereka berdiri dgn malas. Mereka bermaksud riak (dgn solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." (4:142)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
"Seseorang yg meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian mengqada'kan solat itu,maka dia akan diseksa dlm neraka selamasatu 'huqub'. Satu 'huqub' adalah sama dengan 80 tahun. Satu tahun =360 hari dan satu hari (di akhirat) =1000 tahun (di dunia).

Jadi, bagi Muslim yg hakiki tidak ada jalan lain melainkan bertindak segera melakukan solat dgn penuh keimanan dan cergas. Ini kerana amalan yg paling afdal ialah melakukan solat dalam waktunya.

Abdullah bin Mas'ud berkata : "Saya bertanya kpd Rasulullah s.a.w., amalan apakah yg paling disukai Allah?"
Rasulullah menjawab : "Solat dalam waktunya." hadis Muttafaq.

Al- fatihah...


solat itu akan lbih khusyuk jika faham makna =)



Dengan menyebut namaMu Ya Allah,
Yang Maha Pengasih Penyayang,
segala puji bgMu Ya Allah,
Pemelihara seluruh alam maya,

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang,
Yang menguasai Hari Pembalasan,
Hanyalah kepada Mu kami menyembah,
Dan pada Mu kami mohon pertolongan,

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus,
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat,
Bukan jalan mereka yang Kau murkai,
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat.